Kehidupan awal (1861 - 1901) Rabindranath_Tagore

Fail:Tagore (Small).jpgTagore pada tahun 1879, ketika menuntut ilmu di England.

Tagore dilahirkan di Rumah Agam Jasanko dengan diberikan nama Rabi. Beliau merupakan anak kepada Debendranath Tagore dan Sarada Devi,[ε] yang bongsu dari empat belas adik-beradik. Setelah menjalani upacara Upanayanam pada usia sebelas tahun (suatu upacara yang menandakan masa seorang anak lelaki untuk memasuki Brahmacari, iaitu masa menuntut ilmu), Tagore bersama ayahnya meninggalkan Kolkata pada tanggal 14 Februari 1873 untuk melakukan perjalanan panjang di India selama beberapa bulan, mengunjungi Shantiniketan dan Amritsar sebelum mencapai Dalhousie, sebuah bukit peristirahatan di kaki Himalaya. Di sini, Tagore mempelajari sejarah, astronomi, ilmu pengetahuan moden dan bahasa Sanskrit dan mempelajari serta mendalami karya sastera klasik dari Kālidāsa.[1][2] Pada tahun 1877, beliau menjadi tokoh terkemuka yang menghasilkan beberapa karya, termasuk puisi panjang dalam gaya Maithili yang dirintis oleh Vidyapati. Sebagai sekedar lelucon, ia menyatakan bahawa ini merupakan karya yang hilang dari Bhānusiṃha, sebuah sastra dari aliran Vaiṣṇava.[3] Ia juga menulis "Bhikharini" (1877; "Wanita Pengemis" — cerita pendek pertama dalam Bahasa Bengali)[4][5] dan juga “Sandya Sangit” (1882) — termasuk di dalamnya puisi yang sangat terkenal "Nirjharer Swapnabhanga" (The Rousing of the Waterfall).

Tagore bersama istrinya, Mrinalini Devi in 1883.

Kerana hasratnya ingin menjadi seorang pengacara, Tagore mendaftar di sekolah umum di kota Brighton, England pada tahun 1878; kemudian melanjutkan pelajarannya di Kolej Universiti London, tapi pada tahun 1880 beliau kembali ke Bengal tanpa bergelar sarjana kerana ayahnya telah menjodohkan dia dengan seorang gadis bernama Mrinalini Devi yang kemudiannya dikahwini beliau pada 9 Disember 1883. Mereka melahirkan lima orang anak, empat daripadanya meninggal sebelum sempat mencapai usia dewasa.[6] Pada tahun 1890, Tagore mulai mengelolakan perniagaan keluarganya di Shelidah, sebuah wilayah yang kini sebahagian negara Bangladesh. Beliau yang pada masa ini digelar "Zamindar Babu" melakukan perjalanan melintasi ladang yang sangat luas untuk mengumpulkan wang sewa, serta memberi berkat pada para penduduk desa.[7] Pada masa ini, iaitu zaman Sadhana (1891 — 1895, diambil dari salah sebuah majalah yang diterbit oleh beliau) beliau berada dalam masa-masa yang amat produktif, di mana lebih setengah dari tiga jilid dan 84 karya dikarang.[4] Dengan gaya ironis dan emosional yang kental, Galpaguchchha menggambarkan riwayat Tagore di Benggala, terutamanya kehdiupan di perkampungan.[8]

Rujukan

WikiPedia: Rabindranath_Tagore http://banglapedia.search.com.bd/HT/T_0020.HTM http://www.angelfire.com/oh/gontor/gontor.html http://www.britannica.com/nobel/micro/578_90.html http://www.calcuttaweb.com/tagore/tagore.htm http://www.globalwebpost.com/farooqm/writings/othe... http://www.hindustantimes.com/news/181_1556239,004... http://www.indoindians.com/tagore.htm http://www.mybanglamusic.com/mp3/index.php?dir=Rab... http://www.parabaas.com/rabindranath http://www.parabaas.com/rabindranath/articles/brMe...